terlalu asyik…


kehidupan ini akan berlalu begitu sahaja jika kita memanfaatkan sebaik mungkin. Yang muda akan menjadi tua, jika sempat. Jika tak, ke sanalah kita akan pergi.

Dek kerana terlalu disibukkan hal dunia, masa yang berlalu sukar untuk dimanfaat. Tubuh menuntut hak agar ia dapat rehat sebelum memulakan tugasnya esok hati. Kaki sukar membawa tubuh ke majlis ilmu. Namun, hati meberontak dan mengetuk urat dan saraf yang lainnya agar terus bekerja. Apabila dirasakan kosong, ia segera diisi dengan alunan zikir, solat lima waktu. Walaupun akal mengatakan ia cukup, tetap juga hati merasa sesuatu perlu diisi dengan ruh.
Tatkala suatu ketika dulu, hati diisi dengan sinaran ‘amal dan keceriaan akh.. anggota tubuh lain tergerak apabila hati menyatakan hasratnya. Kepada jari-jemari, mata, dan lainnya, bersabarlah… kaki ini akan menjadi saksi betapa tubuh ini digerakkan di jalan ‘amal.. semoga dipermudahkan ke jalan itu..

Advertisements

“Antara Cookies, Tali Pinggang Polo Swiss dan Anugerah Anggota Terbaik Bulanan (September 2011)”


Alhamdulillah segala puji hanya bagi ALLAH. DIA yang memiliki apa yang ada di bumi dan langit.

Just cerita santai saja untuk post kali ini. “Antara cookies, tali pinggang Polo Swiss dan Anugerah anggota terbaik bulanan (September 2011)”. Itulah tajuk kali ini. Macam mana nak mula. Sebenarnya, ketiga-tiga item ini berkait antara satu sama lain.

Alhamdulillah, bulan September 2011 yang lalu, saya dianugerahkan anggota terbaik. Baru bulan lapan memulakan tugas di satu GILC. Rasa begitu cepat masa berlalu dan terlalu cepat dengan segala-galanya. Sesuatu yang tidak disangka-sangka atau harapkan, tetapi dikurniakan oleh majikan. Terima kasih buat pihak pengurusan yang mengambil berat akan kebajikan pekerjanya. Kepada yang lain, teruskan usaha. Kejayaan ini juga kejayaan kalian. Semua ini milik Allah. Semoga dihindarkan rasa riak, ujub, takabbur jika wujud dihati ini dan dipeliharanya Iman agar dapat berbakti dan bermanfaat pada yang lain.

Tatkala itu juga, ramai sahabat yang ucap tahniah. Kaitannya dengan tali pinggang Polo Swiss yang mahal di atas adalah juga sebagai tanda terima kasih seorang insan kepada saya walaupun saya tidak mengharapkan apa-apa. Tambahan lagi, ia juga sebagai tanda ucapan tahniah insan tersebut kerana saya mendapat anugerah di atas. Malu, segan, terharu dan sebagainya muncul dalam hati dan fikiran. Takut pun ada. Apa-apa pun insan itu juga memberi cookies yang sedap. Dua balang pulak tu. Kalau nak cuba, bagitahu ye. Nanti saya maklumkan padanya. Tak percaya? sedap…

Alhamdulillah, Allah kurniakan sesuatu yang tidak saya sangkakan. saya hargainya seumur hidup saya. Kepada kawan-kawan yang wish juga, suatu hari kalian akan dapat yang lebih baik.  Kepada bos, teruskan perjuangan dan da’wah. hehe.  Kepada insan yang beri cookies dan tali pinggang polo swiss, semoga Iman terus meningkat dan diberi kesihatan yang baik agar dapat memberi qudwah hasanah kepada yang lain. Terharu sebenarnya. Tak lupa juga, supaya business terus berkembang maju.

Terima kasih atas segala-galanya. “semoga ALLAH berikan yang terbaik untuk setiap insan yang pernah saya ketemui, bersahabat, berkenalan mahupun berpisah keranaNYA”. Saya sayang kalian. Jadi yang terbaik ye 😉

(Pelangifitrah, 2011)

Pelangi


Pelangi, pelangi
Alangkah indahmu
Merah kuning hijau
Di langit yang biru
Pelukismu agong
Siapa gerangan
Pelangi, pelangi
Ciptaan Allah Continue reading

Bila Hati Menyatakan Hasratnya…


*tersirat 1001 makna dan hasrat hati*

Jika inilah jalannya yang aku bakal tempuhi, maka permudahkanlah ia bagiku . Sesungguhnya aku tidak berdaya membuat apa-apa melainkan dengan pertolonganMU.

(pelangi fitrah, 2011)

*Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui akan hasrat hati ini.

Pesanan daripada IZIS Kepada Kita; BERSIH 2.0


Klik pada gambar untuk besarkan imej.

Pesanan daripada ikhwah Izzatul Islam (IZIS) dalam status Facebooknya, ” Ramai demonstrasi di Malaysia; BERSIH 2.0. Jadi ingat nasyid ini. Zaman kami masih sering sekali berdemonstrasi di jalan-jalan. Gambar-gambar di film ini nyata adanya (merujuk kepada video klip Tekad). Saat kami berdemonstrasi dan syuro’ untuk kemajuan DAKWAH kami.”

Sama-sama kita hayati mesejnya dalam menghadapi menhah kehidupan.

Continue reading

Jadual Kuliah/Pengajian Julai 2011 (Surau al-Muttaqin Bandar Putra Bertam)


Sumber: KLIK -> Surau al-Muttaqin Bandar Putra Bertam

“Aku Ingin Cantik Sepertimu”


Di pagi yang cerah seorang gadis berkata kepada ibunya: “Ibu, engkau selalu terlihat cantik, aku ingin sepertimu”. Dengan tatapan dan senyum haru, sang ibu menjawab; Continue reading

Public Forum: Ikhwan Muslimin’s Role in Building A New Middle East – 4 Jun 2011


Open Forum organized by the IKRAM Malaysian titled: Ikhwan Muslim’s Role in Building A New Middle East. The Forum was held on Saturday, June 4, 2011 at the Banquet Hall MBPJ Petaling Jaya.

“FREEDOM” Regards for Malaysian to fight against INJUSTICE on 9 July 2011.


Maher’s Zain new music video, inspired by the revolutions in Tunisia, Egypt, Libya, and across the Arab world.

 

MALAYSIA

Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer,we’re almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call

And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

Malaysia ke Arah Kegemilangan: IKRAM sokong penuh tuntutan BERSIH 2.0


KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong penuh tuntutan lapan perkara yang diperjuangkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), demikian ditegaskan Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat, Hj Nahar Mohd Nor. Beliau berucap di hadapan lebih 700 hadirin yang penuh sesak di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dalam majlis pelancaran Himpunan BERSIH 2.0 pada Ahad lalu.

Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah:

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor Continue reading

Orang Yang Beraqal (Cerdik)


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, puji-pujian selayaknya hanya kepada ALLAH SWT, Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini.  Puji-pujian sekali lagi kerana dengan izinNYA jua, diri ini masih merasai akan nikmatnya Iman dan Islam.

Coretan kali ini adalah berkisar mengenai pertanyaan Abu Dzar kepada RasululLah SAW mengenai intipati dan pengajaran yang terdapat dalam kandungan suhuf Ibrahim dan Musa seperti mana firman ALLAH SWT; Continue reading

Terjemahan Penawar Bagi Hati (Mata)


Tarikh/ Waktu: 19 Jun 2011 (Ahad)/ 9.00am-12.00am.

Tempat: Surau al-A’laa, Taman Desa Sena, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Penceramah: Ustaz fazli Jaafar

Ustaz fazli jaafar sedang menyampaikan kuliahnya.

Secara ringkasnya, terjemahan penawar bagi hati ini membicarakan tentang membersihkan segala anggota yang zahir (fizikal manusia) dari perbuatan keji agar membersihkan hati daripada sifat kecelaan. Antara anggota zahir yang dimaksudkan adalah:- (1) Mata, (2) Telinga, (3) Lidah, (4) Perut, (5) Faraj, (6) Dua Tangan dan (7) Dua Kaki. Walau bagaimanapun, untuk slot yang pertama ini, ia membicarakan anggota yang pertama iaitu mata sahaja. Continue reading

Kisah Qabil dan Habil (Ustaz Syazalie)


Majlis Ta’lim IKRAM merupakan kuliah bulanan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Surau An-Nur Lebuh Nipah Pulau Pinang. Kuliah ini menceritakan tentang kisah dua orang anak Nabi Adam AS iaitu Qabil dan Habil. Timbul pelbagai persoalan; (1) adakah mereka berbunuhan kerana berebutkan isteri? atau (2) apakah ia hanya israeliyat? dan (3) adakah nama mereka Qabil dan Habil? Sama-sama kita ikuti kuliah ini. Moga ia bermanfaat buat pembaca.

Siri 1/6

Continue reading

Kisah Bani Israel & Palestin (Ustaz Syazalie)


Majlis Ta’lim IKRAM merupakan kuliah bulanan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Surau An-Nur Lebuh Nipah Pulau Pinang. Tafsir maudhu’ie membincangkan Kisah Bani Israel dan Palestin berdasarkan Surah Al-Maidah ayat 20 – 26. Berikut merupakan video klip siri majlis ini dari slot 1/7 sehingga 7/7. Sama-sama kita dengar, manfaat dan amal dengan ikhlas seterusnya mengajarkan pada sahabat yang lain.

Siri 1/7

Continue reading

Suasana Sekitar Majlis Ilmu oleh Mufti Pulau Pinang di Surau al-A’la, Taman Desa sena.


Program: Kuliah Mingguan (Jual Beli/ Muamalah)

Penceramah: Mufti Pulau Pinang Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad

Tempat/ waktu: Surau al-A’la, Taman Desa Sena, Tasek Gelugor/ 9.00am-11.30pm

AlhamdulilLah, pagi tadi (seperti tarikh dan waktu) telah berlangsung siri kuliah mingguan anjuran Surau al-A’la. Antara perkara yang disentuh dalam kuliah ini adalah mengenai jual beli dalam Islam. Entri kali ini adalah untuk berkongsi gambaran suasana sewaktu majlis berlangsung.

Tersenyum Mufti Pulau Pinang ketika menyampaikan kuliah.

Continue reading