RKKL


Membawa garapan dan harapan. Tidak diletakkan harapan itu di suatu tempat yang tinggi. Direnunginya dua wajah yang sentiasa beri inspirasi. Wajah yang dulunya kelihatan bersemangat waja dari segi kudratnya, kini makin hari makin berkurangan kudrat itu, tatkala itu juga tersimpul rasa kebertanggungjawaban dan bersalah. Perkara yang sentiasa bermain difikiran ini disusuli keperluan hidup dan perasaan. Jauh di sudut seketul daging, punyai kesedihan mendalam dan juang yang adakalanya turun dan naik temponya.

Kembali ke alam realiti, renungan demi renungan, muhasabah demi muhasabah. Ini ketentuannya. Bas pun bertolak dipertengahan malam dalam menuju ke suatu destinasi yang menyebabkan aku bermusafir. Bermusafir dalam erti kata ingin merasai nikmat sebagai seorang insan seperti mana dirasai oleh orang lain.

MASA = KEHIDUPAN = UMUR

Di permulaan perjalanan itu, lalu-lintas terhenti seketika. Lebih kurang 45 minit juga waktunya yang terpaksa ditempuhi oleh pengguna lebuh raya yang lain.  Mata yang terpejam, tiba-tiba terjaga dek dikejutkan oleh suasana yang bas yang berhenti. Malam itu, keadaannya samar-samar. Namun, ia dihiasi dengan cahaya yang bergemerlapan dan bunyi yang riuh-rendah. Dibukanya mata itu lagi, kelihatan api sedang marak yang memanfaatkan setiap inci bentuk bas yang kemalangan itu. SubhanaLlah! Hati berdebar-debar (lindungilah perjalaananku ini, sesungguhnya kepada MU aku berserah). Moga saudaraku yang beraada dalam kesulitan itu dibantu oleh ALLAH. Silau mata ini dengan kerlipan lampu bomba dan polis yang tiba di tempat kejadian. Setelah suasana kembali tenang, perjalanan ini diteruskan. Tidak nampak apa. Biasalah apabila kita berada disituasi begini ingin juga mengetahui apa yang berlaku. Dipanjatkan doa buat mereka yang hadapi musibah dan ujian. Syukur! Alhamdulillah.

Dapatku katakan, perjalanan ini agak mencabar jika dibandingkan perjalan lalu yang menuju ke destinasi yang hampir sama  lokasinya dengan tempat yang aku tujui ini. Setibanya di sebuah stesen bas, aku berehat. Mencari surau untuk merebahkan sekejap tubuh ini, kerana tubuh ini juga punya hak ke atas diri kita (teringat pesan ini daripada seseorang yang sentiasa memberiku nasihat). “Pintu tutup bang. Lima setengah baru buka,” kata salah seorang daripada lima orang remaja yang aku temui.

Aku menuju ke tempat yang ramai orangnya, maklumlah tidak pernah sampai ke sini. Tambahan pula, waktu itu lebih kurang pukul 4.30 pagi. Aku minum juga walaupun tidak dahaga sangat sementara menunggu pukul 5.30 pagi. Dalam pada itu, kelihatan anak muda yang duduk di suatu meja di sebuah kedai makan bergurau-senda antara satu sama lain. Masanya dihabiskan dengan melepak. (apa kurangnya aku jika dibanding dengan mereka). Di akhir perjumpaan mereka itu, mereka bersalaman antara satu sama lain. Sesuatu yang baik yang aku pelajari dari kelompok anak muda tadi. Teringat pula pesanan, “perbanyakkanlah salam”. Peringatan kepadaku supaya perbanyakkan salam.

Allahu Akbar, Allahu Akbar! Allahu Akbar, Allahu Akbar! Azan subuh berkumandang sehingga habis. Memberi semangat baru walau dalam keletihan. Setelah solat, aku mula merebahkan badan sebentar di surau itu. Satu lagi perkara yang aku pelajari di sini. Seorang anak muda yang kelihatan biasa (pemakaian dan sikap) membaca lembaran al-Quran. Lalu dia juga merebahkan badannya. Kami berdua sahaja dalam surau yang mana masing-masing memberi hak kepada badan. Alhamdulillah  masih ada pemuda begini yang begitu sayangi dirinya (bisik hatiku).

Waktu menunjukkan pukul 9.30 pagi. Khidmat diri. Menuju semula ke tempat makan untuk bersarapan. Nak pergi tandas tapi dalam beg ni ada lembaran ayat suci. Aku berhenti di suatu kedai, “akak, saya nak gi toilet, tapi dalam beg ni ada….”. belum sempat habis cakap, akak tu kata, “ada Quran ye dik?”(macam tahu-tahu je). “Err, a’ah…,” kataku. Akak tu suruh gantung beg ini di paku yang terletak di dinding kedai, agak tinggi juga. Alhamdulillah, aku berserah. Dalam tu ada dokumen penting. Setelah itu, aku kembali dan bersarapan di kedai akak itu. Di kala keseorangan, DIA sentiasa ada bagi membantu hambaNYA. “terima kasih ye kak”, senyuman diukir tanda ucapan itu bukan sekadar ucapan kerana membantuku. Suatu lagi perkara yang dipelajari. Walaupun dihimpit pembangunan dan masalah akhlak yang pesat, masih ada orang yang sebegini mulia hatinya. Moga ia bermanfaat buatku, yang masih lagi tercari arah kehidupan.

Menaiki teksi ke destinasi. Tibanya aku di sana, aku pastikan tempat itu benar-benar tempat yang aku tujui. Waktu masih awal. Aku ke kedai makan dan duduk di meja yang ada dua orang abang yang berpakaian formal. Orang pejabat agaknya. Senyum dan sebarkan salam. Disapa mereka. Diperkenalkan diri. “agak-agak abang, berapa rumah sewa di sekitar kawasan ini ye? Jawab salah seorang, katanya, “susah dik nak cari rumah sewa kat sini. Paling murah pun adalah enam ratus untuk satu rumah”. Ullpp! Hmm, berfikir dua kali. Tapi aku dah datang. Redah je lah (Bisik hati ini). Abang yang seorang lagi tu, memulakan perbicaraan mengenai saman yang dibayarnya tempoh hari. Katanya ramai orang yang bayar saman ekor dan trafik. Maklumlah kerajaan nak blacklist pengguna jalan raya yang tidak melunaskan saman. Sahaja ingin melihat pendapat orang pejabat di tengah-tengah kota metropolitan, aku bertanya, “kenapa sekarang ye? Kenapa tidak di waktu sebelum ini atau waktu waktu di masa depan?” Aku mendapati perbincangan ini turut diikutu oleh pelanggan di meja sebelah kami. Abang tu kata, “kerajaan tak de duit dik, cakap je nak bagi itu ini, tapi rakyat yang menjadi mangsa,”katanya kepadaku sambil mengiakannya. Pelanggan di meja sebelah tadi, mengukir senyuman tanda bersetuju dengan apa yang diperbincangkan. Aku berlalu, berikutan telah masuk waktu zohor. Setelah itu, aku berjumpa dengan orang yang hendak aku temui dan katanya dia hanya tengok perwatakkanku sahaja. Cukuplah takat itu. Destinasi dah sampai, perbincangan pun selesai dan matlamat dah tercapai.

Hendak pulang. Aku menunggu di perhentian bas dan teksi. Datanglah seorang insan. “Abang, saya sekian…sekian, semalam saya kena pau. Anak isteri saya kat hospital. Saya pi JPJ depa halau saya (gayanya macam orang utara). Sebenaqnya, saya perlukan duit bang. Nak balik ke Shah Alam. Saya kerja kat kilang Hitachi. Tapi saya tak dak duit untuk balik ke rumah dan biaya anak isteri saya sekarang. Tolong bang, katanya kepadaku. Aku masih memerhati gerak-gerinya. Tidak mahu bersangka buruk aku bertanya, berapa ye? Katanya, boleh abang bagi RM38.40. Terkejut aku. Eh, banyaknya. Nak bagi rasa berat hati ini. Tidak pernah-pernah rasa begini sebelum ini. Sedangkan aku sendiri memerlukan untuk balik semula ke kampung halaman. Aku pasrah. Namun hati bercampur-baur. Rasa bersalah tidak ada lagi kalu pun tak bagi. Entah la, tiba-tiba sahaja perasaan ini muncul.

Aku menuju ke kedai makan tadi, “kak, tukar duit ada tak?, tak de dik. Balas kak itu. Aku ke kedai seberang jalan. Tak de juga. Pergi lagi, aku berhenti di syarikat perumahan. Ada seorang insan lagi aku temu tatkala ingin meminta bantuannya. “Boleh tolong tak? Kat luar ni ada seorang lelaki yang minta tolong saya untuk pinjam duit. Boleh tolong tak camkan mukanya, mana tau kalau-kalau lelaki itu familiar kat sini. Dijawabnya tanpa sempat berkenalan, “ini first time dia dengar kejadian ini di kawasan ini. dia pun jelling kea rah lelaki itu yang baru melintasi tempat aku ini. Dia ni Nampak macam anggota tentera je, cari makan rasanya. Kenapa dia tak minta je dekat orang lain ke, dekat pegawai tentera ke (merujuk kepada pejabat ketenteraan yang ada di kawasan berdekatan). Kenapa dia tak minta tolong je dekat orang ramai kat situ?” Betul juga. Risau dan bimbang dengan keadaan ini. fikiranku diracuni dengan pelbagai tanggapan. Sehinggakan terlintas difikiran bimbang akan diapa-apakan oleh orang itu. Ditikamnya aku, naya! Risau. Aku bersembang dengan insan tadi. Sambil menenangkan perasaan dengan harapan kelibat orang tadi tiada lagi. Lelaki tadi datang dan bertanya, tak de ke bang?. Tak de bang, balasku. Maaf ye. Terlintas lagi difikiranku, kenapa dia tak minta je pada orang yang lalu sebelahnya setelah aku tak beri wang padanya? (buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali)

Insan di syarikat perumahan itu memberitahu yang dia baru berumur 19 tahun, tapi dah kerja. Katanya dia tidak mahu belajar lagi. Kenapa? tanyaku. “Ramai kawan saya yang belajar sampai master dan phd masih tiada kerja. Katanya lagi, pendidikan sekarang ini tidak menuju kepada matlamat sebenar iaitu sesuatu ilmu itu tidak dapat dimanfaatkan pada tempatnya sebab zaman pekerjaan ni menuntu perkara lain. Kita pula belajar perkara lain. Banyak ilmu tidak digunakan dalam hidup ini pada tempatnya,” katanya kepadaku. Aku mengiakan pemikiran pekerja berumur 19 tahun itu. Mungkin ada benar juga pendapatnya. Aku menoleh ke arah luar. Dengan harapan ada teksi untuk ke stesen bas. Keluarnya aku, tiba-tiba ada sebuah teksi berhenti betul-betul dihadapan aku tanpa aku menahannya. Subhanallah!. Aku ucap terima kasih kepada insan  tadi kena sudi meluangkan masa membantuku. Kredit buatnya. Moga ALLAH memberikan kebahagiaan buat dirinya. Tatkala aku memerlukan, DIA ada di sisi.

Aku mencapai beg dan terus menaiki teksi. Setibanya di stesen bas, ada seorang lelaki lagi melihat kelibatku. Serius mukanya memandangku. Tidak tahu hendak buat apa, lalu aku hanya senyum. Mukanya berubah. Tidak senyum, tidak serius. Aku menuju ke ruang menunggu. Bas tiba dan bertolak. Di sebelahku tiada orang, ditakdirkan di sebelahku juga ada seorang makcik bersama dua anaknya yang masih kecil. Aku menyapanya agar salah seorang anaknya duduk di sebelahku. Hazli namanya, berusia dalam enam tahun. Comel. Gebu? Bolehlah.(dalam hati suka budak-budak kecil yang gebu; senyum). Adik nama apa? Hazli jawabnya. Dia banyak makan keropok dan air sepanjang perjalanan pulang. Sejuk dek kena penghawa dingin. Aku menyelimuti diri dengan jaket. Tatkala kesejukan, aku menoleh ke arah. Hazli. Geramnya! Ye la budak kecil bila tidur macam mana pun comel je. Hehe! Tidak sampai hati, aku menyelimuti Hazli, si kecil bertuah. Biarlah sejuk seketika, aku dewasa. Dia lebih memerlukan jaket ini. Ibunya menoleh kepadaku sambil mengukir senyuman. Aku tak harapkan apa-apa apatah lagi ucapan terima kasih. Tak mahu mengharapkan balasan terhadap apa yang kita beri. Biarlah orang lain merasa bahagia dan selamat sekalipun diri ini diuji dengan berbagai dugaan. Sekurang-kurangnya aku tumpang gembira melihatkan orang lain bahagia dan selamat walau di mana mereka berada. Bas berhenti di stesen minyak. Ibu Hazli membeli snek. Di suanya padaku tanda ucap terima kasih atas perhatian menjaga anaknya. “tak mengapa mak cik, terima kasih” kataku kepada mak cik. Hazli terjaga, lalu makan snek itu. Telatahnya membuatkan aku ketawa dan teringat zaman kecilku. Vroom, vroom. Hazli bawa kereta ke? Dia mengangguk. Masuk gear satu. Dan bergerak. Vroom, vroom. Teringat ketika kecilku, aku juga minat kereta. Lalu main kereta mainan. Setelah tiba, di kampung halaman, ibu Hazli menyapa aku ke tempat perniagaannya, kedai motor di Permatang Binjai. Sesiapa nak baiki motor, dialu-alukan. Kami berpisah. Hazli mencium tanganku. Macam bapa pula (Hehe).

Setelah maghrib, sambil menunggu bas, aku jumpa lagi seorang insan yang baru habis pengajiannya di Pakistan dalam bidang al-Quran. Dikongsinya cerita sewaktu di sana, letupan bom itu perkara biasa. Tidak puas hati dengan satu pihak, di bomnya kawasan itu. “Bang, di sana banyak syiah. Susah juga nak hidup. Pakai kopiah putih tak boleh. Hitam je. Begitu juga dengan pakaian. Suatu hari masa 10 Muharram, mereka menunggang tiga ekor kuda putih. Lalu disembelihnya dan diorang minum darah kuda itu. Kononnya untuk memperingati peristiwa terkorbannya cucu Rasulullah SAW,” katanya kepadaku. Lalu kami berpisah dengan harapan biarlah pertemuan dan perpisahan ini adalah kerana ALLAH. Naik bas dan sampai rumah. Perjalanan seharianku tamat di sini, namun perjalanan dan tuntutan hidup ini tidak terhenti di sini. Aku juga menginginkan apa yang orang lain impikan. Aku redha dan berserah. Aku mencuba, DIA yang menentukan hidup ini. baik dan buruk buat diriku, hanya DIA yang Mengetahui. Ku sedar yang perjalanan hidup ini begitu panjang, tidak mudah seperti yang kita ucapkan. Biar di mana kita berada, yakinlah DIA bersama kita. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Buat diri ini, janganlah mudah putus asa dan berhenti berharap. Semoga ia bermanfaat buat yang lain daripada pembacaan ini. Akhir kata, “Aku tumpang gembira melihat orang lain selamat dan bahagia di sana”. Sehingga bertemu lagi, insyaALLAH. Salah dan silap harap dimaafkan. Yang baik itu dariNYA dan yang lemah itu suatu perkara yang perlu aku perbaiki. Wassalam.

 

Advertisements

2 comments on “RKKL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s