Aku dan Sawah Padi


Sawah padi indah sekali. Apabila padi mulai masak, ia kelihatan kekuningan bagaikan emas. Setiap butir itu begitu berharga sekali. Melalui di batas bendang atau laluan di antara sawah padi, memerlukan kita supaya berhati-hati supaya tidak tergelincir. Kalau tergelincir, apa akibatnya? Wallahua’lam. Mungkin aja luka, terseliuh, patah kaki atau tangan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan pakaian? Barangkali pakaian itu koyak, kotor malah mungkin diselaputi lumpur sewaktu padi disemai. Namun apabila selesai menuai, bagaimana pula pakaian dan keadaan kita sekiranya terjatuh di sawah yang telah dibakar dan kering-kontang? Mungkin kecederaannya lebih serius dan kotorannya meninggalkan kesan yang mendalam. Secara keseluruhannya, jika kita jatuh, barangkali menyebabkan kita cedera dan sebagainya.

Sungguhpun begitu, ramai di antara kita yang melalui batas itu tanpa tergelincir apatah lagi jatuh gedebuk! Seronokkankan apabila kita berjaya mengharungi sambil ketawa riang sehingga sampai ke penghujung batas. Tapi tidak semua dapat melaluinya seperti yang disebutkan.

Bagi penulis, hidup ini mempunyai pelbagai cabang dan batas laluan hidup yang perlu ditempuhi. Ada yang tempuhinya dengan terus berjalan sehingga ke destinasi. Ada pula yang terpaksa membelok lalu menggunakan batas laluan lain bagi menuju ke destinasi. Namun, tidak kurang juga yang tergelincir apabila melalui batas itu walaupun ia di jalan yang lurus, yang mana ia hanya memerlukan kita berjalan terus ke hadapan tanpa perlu membelok dan mengambil laluan batas yang lain.

Situasi: Hujan lebat sambil petir sambar menyambar.

Suatu ketika, apabila berjalan sambil ditemani hujan lebat, kaki ini tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Habis baju kotor. Mujur tiada pacat atau lintah. Tatkala itu, mata sempat menoleh ke arah batas dan mendapati orang lain berlari laju dengan selamat sehingga menuju ke destinasi.  Aku mula merangkak menaiki batas kerana selut dan lumpur yang lembut membuatkan kaki ini tenggelam di dalam sawah. AlhamduliLlah, masih terdapat kawan yang membantu menggapai tanganku lalu naik ke batas. Mereka pun terus berlari setelah mendapati aku berada di atas batas tanpa menyedari bahawa kakiku terseliuh dan cedera. Darah mengalir bersama-sama air hujan. Darah mewarnai tanah. Walaubagaimanapun, aku nekad untuk terus juga menuju ke hujung batas kerana di sana ada wakaf untuk berteduh. Terus merangkak, sesekali cuba bangun tapi terjatuh semula. “Jika inilah caranya untuk aku ke sana, aku akan tetap juga pergi ke sana walaupun terpaksa merangkak,” bisik hatiku. “Tepi!!!, “ kata orang yang berlari pantas melewati tubuh yang tidak bermaya ini. Aku tunduk dan merebahkan badan agar ia tidak merempuh seterusnya mencederakan aku.

Petir terus sambar-menyambar. Tubuhku basah kuyup. Sayup nun jauh di sana aku melihat kawan-kawanku berteduh mesra di sana. Mengesot dan terus mengesot. Berusaha meneruskan perjalanan ini walaupun lambat dan cedera. Kakiku perlu dirawat. Luka yang kecil, kini menjadi besar. Darah makin banyak. Semakin aku hampir ke wakaf itu, kelihatan ada tangan yang melambai-lambai. Mereka tidak mampu datang kepadaku kerana khuatir terjatuh dan sebagainya.

Akhir cerita, sampaikah aku ke destinasi tersebut? Entah, aku sedang melaluinya. Cara aku melaluinya tidak sama dengan kawan-kawan yang lain. Mereka mudah ke sana. Tidak kurang juga ada yang sepertiku. Dalam kehidupan, aku pernah tergelincir dari batas laluan lurus dalam menuju ke destinasi. Terjatuh setelah tergelincir menyebabkan kakiku luka. Akibatnya, terdapat parut besar di kaki ini setelah ia baik. Walaupun kita mampu kembali ke laluan asal, kesan parut itu tetap ada. Kerana aku manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Kenangan itu tetap ada. Natijahnya, kesembuhan (keampunan) dari Ilahi, membuatkan aku mampu bergerak walaupun terpaksa merangkak dan mengesot dalam menuju keredhaanNYA.

Namun dalam serba kekurangan ini, aku mendapati masih ramai kawanku yang tergelincir dan tidak mampu kembali ke laluan lurus ini. Kawanku, sekiranya aku tidak mampu menggapai tanganmu dan memimpinmu dalam menuju laluan ini, maafkan aku atas kelemahan dan keterbatasan diri ini. Apakah alasan aku cedera ini melepaskan aku dari tanggungan memimpin dan menggapai mereka? Wallahua’lam. Aku doakan agar kalian juga mampu naik ke batas dan meneruskan perjalanan. Buat temanku yang berjaya menuju ke destinasi, doakan aku agar berjaya tempuhi laluan ini. Aku tidak berdaya menempuhi laluan ini seorang diri. Semoga kalian yang berada di laluan destinasi itu selamat, sejahtera dan bahagia selamanya. “AlhamdulilLah, pujian dan syukur padaMU Ya ALLAH kerana masih memberi kesempatan ini untuk aku teruskan perjalanan hidup walaupun terpaksa mengesot dan merangkak”.

*batas padi diibaratkan sebagai laluan perjalanan hidup ini. Parut pula akibat dosa lalu yang menjadi pengajaran dan iktibar. Manakala wakaf adalah destinasi orang-orang yang mendapat perlindungan dan selamat untuk berteduh dengan rahmatNYA. Bagaimana pula dengan lumpur dan sebagainya? Itulah kesalahan yang pernah aku lakukan. Kawan-kawan dan teman pula? Ada yang berlari menuju destinasi, tandanya mereka berada di landasan lurus dalam hidup yang mana mereka itu memiliki ilmu dan menggunakan sebaiknya sebagai bekalan akhirat. Kenapa aku jatuh? Luka dan terpaksa merangkak? Aku tidak seperti kalian, hidupku dipenuhi onak dan duri. Banyak perkara yang perlu dipelajari (merangkak) apabila berada di medan laluan ini. Kadang aku tidak mampu membantu kawanku walaupun mereka tergelincir dan memerlukan bantuan. Namun begitu, aku juga mengharapkan teman yang berteduh di wakaf agar mendoakan aku agar tidak tergelincir dan selamat sampai ke destinasi walaupun terpaksa merangkak dan mengesot.

Sampaikah aku di sana dengan selamat? insyaALLAH. Aku berserah padaNYA.

**mendapat ilham tatkala mata hampir terlelap sehingga membuatkan aku terjaga dan menghela nafas panjang. AlhamduliLlah…

Advertisements

3 comments on “Aku dan Sawah Padi

  1. tak semua garis di tangan ikut tergenggam..sisa garis itu lah diluar kemampuan mu…maka, genggamlah sesungguh hatimu dan selebihnya berserahlah pada-Nya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s