Penyebaran Foto di Internet.. Hukum Syariah dan Etika Professional Bagaimana?


Di antara  perkembangan  dunia canggih kini ialah berkembang-biaknya jurufoto amatur dan mudahnya berkongsi gambar  melalui pelbagai media  di alam cyber.

Amat mudah bagi seseorang untuk mengambil gambar menggunakan kamera telefon atau kamera digital dan memuat-naikkan ke  laman sesawang, blogspot atau Facebook etc.

Melalui Facebook pula, gambar-gambar ini  boleh di ’tag’, sekaligus meletakkan gambar berkenaan di Laman Facebook orang yang di ’tag’, tanpa mengira samaada orang yang di’tag’ tersebut suka atau tidak gambarnya dipaparkan di laman Facebook miliknya.

Namun, pernahkah ditimbangkan   etika dan fiqh penyebaran gambar-gambar tersebut?

Adakah kita mut’main bahawa apa yang kita buat selari dan bersesuaian dengan  hukum syariah dan etika professional ?

Yang menjadi isu di sini  bukan isu fiqh khilafiyah mengenai  ”pengambilan gambar makhluk hidup”.

Tetapi isunya ialah  “penyebaran gambar”.

Isu ini tidak  pernah timbul sebelum ini kerana  gambar sukar diambil dan disebarkan seperti kini.  Kemudahan penyebaran gambar kini tidak pernah berlaku sebelum ini, ianya ’unprecendented’.

A. KES TIADA MASALAH

Untuk kes-kes berikut, penyebarannya (mungkin) tiada masalah:

  • Gambar beramai-ramai sempena sesuatu majlis.
  • Gambar yang diambil secara berposing, i.e. yang difoto bersedia/rela diambil gambar dan faham bahawa gambarnya menjadi milik jurufoto dan boleh dibuat apa saja.
  • Gambar ketika penerimaan hadiah, cenderahati atau sijil.
  • Gambar yang diambil dari jauh menggambarkan suasana umum di dalam majlis etc.

B. KES KURANG JELAS/MUNGKIN BERMASALAH

Kes-kes ini mungkin tidak begitu straight forward, mungkin ada isu syariah dan etika yang perlu diteliti.

  1. Gambar yg diambil secara candid tanpa disedari oleh  orang yang difoto apa lagi apabila’subjek’  yang diambil berada di dalam keadaan.
  • Tidak bersedia.. (berpakaian kurang sesuai, sedang menyuap/mengunyah makanan..etc)
  • Dalam keadaan yang dia tidak suka fotonya diambil dan disebarkan (contoh sedang tidur etc.)
  • Dalam keadaan yang mengaibkan (bukan jurufoto yang boleh membuat pertimbangan ini)
  • Apa apa juga keadaan yang mungkin tidak diredhai oleh orang yang difoto.

2. Gambar wanita, samada candid atau tidak, samaada dengan keredhaan yang difoto atau tidak.

  • Wanita isteri orang.
  • Wanita yang masih belum berkahwin.
  • Adakah keredhaan/izin  perlu dipohon daripada suami atau ayahnya?

3. Gambar wanita  yang  tidak menutup  aurat  dengan sempurna.

4. Gambar-gambar yang boleh menimbulkan interpretasi  yang pelbagai atau mendatangkan fitnah.

C. ISU-ISU LAIN

Isu lain yang berkaitan:

  1. Hak Harta Intelek sekiranya foto yang diambil dikomersilkan.. siapa yang memiliki hak tersebut?
  2.  Jika gambar tersebut diambil oleh orang lain dan kemudian disalah-guna..siapa yang bertanggung-jawab?

Saya tak pasti jawapan bagi kes-kes ini.

Mungkin ramai jurufoto amatur di luar sana  telah pernah menyelidik isu-isu ini dan mempunyai jawapan yang meyakinkan mereka.

Apa pandangan anda?

**diambil daripada nota Facebook Akh Omar Yaakob  setelah mendapat keizinannya, JazakalLah akh =)

Di bawah ini, saya sertakan link-link yang saya rasa bermanfaat untuk pembaca baca, menilai dan ambil tindakan yang sewajarnya:-

1. Facebook & Kilang Dosa (Click here)

2. Jangan Promosi Dosa di Facebook & Blog (click here)

3. Dosa-dosa & Facebook (click here)

*Kerana diri kalian begitu berharga!!!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s