Isti’ab Khoriji


Sedikit khulasoh dan refleksi daripada penyampaian Ustaz Firman tadi. Perkongsian mengenai Isti’ab dalam Dakwah dan Da’i karya Syeikh Fathi Yakan. Sempat membincangkan mengenai takrifan isti’ab dan isti’ab khoriji.

 Sebiji gelas kosong 250ml dan botol air kosong 500ml. Kapasiti berbeza. Perlukan dua biji gelas untuk menampung sebotol air. Bila kita ada lebih air, maka apa yang kita perlukan adalah lebih banyak gelas atau gelas yang lebih besar dan lebar atau botol yang lebih besar dan seterusnya. Begitulah isti’ab.

Secara mudahnya, isti’ab ialah kemampuan seorang da’i untuk berinteraksi bersama mad’u dengan kepelbagaian latar belakang seperti intelektual dan status sosial serta  merekrut mereka ke dalam dakwah. Ini menjadikan seorang da’i ibarat paksi kepada masyarakat. Setiap da’i perlu ada batas minimum isti’ab agar ia dapat menjaga dirinya daripada berputar bersama arus jahiliyah dalam masyarakat. Dengan itu da’i perlu berusaha untuk terus melakukan kebaikan setiap masa agar ia hidup di tengah-tengah masyarakat dan memberi kebaikan kepada mereka. Sebuah kata-kata hikmah untuk menggambarkan perkara ini ialah

“Kebaikan akan terus hidup walaupun pelaku kebaikan telah lama mati manakala kejahatan menjadikan pelakunya seakan-akan mati walaupun ia masih hidup!”

 Manusia ibarat tanah. Tanah yang subur apabila ditimpa hujan akan mengeluarkan benih-benih tanaman yang akan membesar menjadi pohon yang bermanfaat. Tanah yang keras menghalang air daripada memasukinya lalu kekal gersang tanpa tanaman. Begitulah juga manusia yang ikhlas dan jujur menerima curahan ilmu dan petunjuk. Hatinya subur lalu menumbuhkan pohon kebaikan yang bermanfaat kepada manusia lain.

Isti’ab khoriji iaitu penguasaan atau kemampuan seorang da’i di luar lingkungan jemaahnya. Antara penguasaan luaran yang penting bagi da’i ialah:-

1. Kefahaman tentang agama

Da’i perlu mempunyai kefahaman tentang agama. Ilmu didapati dengan belajar manakala kefahaman didapati dengan pendalaman (tafaqquh). Sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan atasnya, maka Dia menjadikannya faqih dalam agama.

2. Teladan yang baik

Da’i perlu menjadi contoh kepada mad’u di sekelilingnya dari segi akhlak dan tingkah laku. Action speaks louder than words! Da’i perlu berusaha untuk meningkatkan dan memperbaiki dirinya.

3. Kesabaran

Dalam menghadapi kerenah mad’u yang pelbagai, da’i perlu banyak bersabar.

4. Lemah-lembut

Da’i perlu lemah-lembut terhadap mad’u dan tidak bersikap kasar. Lemah-lembut menjadikan mad’u lebih selesa dan tertarik kepada dakwah kita.

5. Memudahkan dan tidak mempersulitkan

Da’i perlu wasathiyah dan toleran  terutama dalam isu-isu khilafiah serta tidak memberat-beratkan mad’u dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan amal.

6. Tawaduk dan merendah diri

Da’i perlu bergaul dengan semua orang dan tidak sombong. Tidak bersikap ekslusif dalam berdakwah tapi tetap menjaga sahsiah islami dalam setiap keadaan.

7. Murah senyuman dan perkataan yang baik

Raut wajah adalah refleksi keadaan jiwa. Wajah yang sentiasa tersenyum menarik hati manusia. Perkataan yang baik mampu melembutkan hati yang keras.

8. Pemurah dan suka berinfaq

Da’i perlu bersikap dermawan, tidak bakhil terhadap harta. Berinfaq akan melapangkan jiwa dan membersihkan harta. Setiasa memuliakan tetamu dan saling memberi hadiah.

9. Melayani orang lain dan membantu keperluan mereka

Merasai, menyelami dan cuba menyelesaikan masalah ummah. Sentiasa berfikir kondisi ummat dan cuba membantu sedaya-upaya.

—————–Refleksi————————-

Kita semua adalah da’i – orang yang perlu menyeru manusia agar kembali beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Apakah tahap kemampuan kita sudah cukup atau paling kurang di batas minimal? Adakah kita telah menyeru diri kita sendiri untuk beriman dan bertaqwa kepadaNya dengan sebenar-benarnya?

Kitakah itu yang selalu datang lewat ke program tarbiyah?

Kitakah itu yang selalu bagi alasan tak boleh hadir program dakwah?

Kitakah itu yang tak mahu menjaga disiplin dan adab ketika program?

Kitakah itu yang datang usrah berlenggang dan tak pernah mencatat apapun?!

Kitakah itu yang suka lagho dengan perkara tak bermanfaat kepada islam?

Kitakah itu yang hanya sediakan lebihan masa saja untuk dakwah dan tarbiyah?

Kitakah itu yang tak pernah teruja dengan tarbiyah?

Kitakah itu yang selalu lesu dan bermuka ketat di dalam usrah?

Kitakah itu yang sering tak sabar-sabar supaya program tarbiyah habis cepat?

Kitakah itu yang sering tidur atau bercakap-cakap di belakang ketika pengisian?

Kitakah itu yang berani berjanji dan berani juga mungkin janji?

Kitakah itu yang selalu melalaikan mutabaah amal?

Kitakah itu yang sering bangun subuh lewat?

Kitakah itu yang tak menjaga solat berjemaah?

Kitakah itu yang payah bangun malam untuk bertahajud?

Kitakah itu yang jarang membaca al-Quran tapi boleh habiskan sebuah novel islami setebal 500 mukasurat dalam masa sehari?

Kitakah itu yang selalu bagi nasihat kepada mutarabbi tapi kita sendiri tak berpegang dan beramal dengannya?

Kitakah itu yang banyak bercakap tapi kurang bertindak?

Kitakah itu yang bakhil untuk berinfaq untuk program tapi pemurah untuk gajet dan makanan?

Kitakah itu yang kikir untuk bersedekah kepada fakir miskin dan anak yatim?

Kitakah itu yang selalu bersikap keras dan kasar kepada orang-orang di sekeliling kita?

Kitakah itu yang kurang azam untuk mempertingkatkan dan memperdalam ilmu?

Kitakah itu yang selalu bersikap sombong dan ekslusif dalam kelompok tertentu?

Kitakah itu yang melalaikan hubungan dengan kedua ibubapa?

“Celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam. Rugilah orang yang hari ini sama seperti semalam. Berbahagialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.”

Kita adalah da’i sebelum sesuatu apapun! Ini adalah peringatan kepada diri saya sendiri.

**sumber:- Diambil dengan keizinan dari FB seorang akh  Piaelewai Padzli. Jazakallah akh…
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s