Majlis Minum Petang Mufti Kedah di Surau al-A’la, Taman Desa sena.


Tempat: surau al-A’la, Taman Desa Sena, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Pada 28 mei 2011 yang lalu, jawatankuasa Surau al-A’la dengan kerjasama PAKSI Tasek Gelugor, Persatuan Penduduk Taman Desa Sena (TDS) dan KRT TDS telah menganjurkan majlis minum petang bersama Mufti kedah iaitu Dato’ Sheikh Mohamad Baderudin Haji Ahmad. Majlis ini turut diisi dengan pengisian ilmu di samping ramah mesra kariah TDS dengan dato’ Mufti.

Pengisian ilmu dalam majlis ini berkisar tentang surah al-Waqi’ah. Antara yang disentuh adalah mengenai catatan amal yang bakal kita teima di akhirat kelak. Terdapat dua golongan yang menerima catatan amal iaitu golongan kanan (56:8) dan golongan kiri (56:9). Maka berbahagialah golongan kanan dan sebaliknya (sengsara) golongan kiri.

Selain itu, perkara yang turut disentuh adalah mengenai hidayah yang dikurniakan allah kepada manusia. Antaranya pancaindera, aqal, beragama dan nafsu. Dato’ Mufti menekankan lagi agar manusia wajib berdoa dan meminta agar dikurniakan jalan yang lurus (agama/ad-deen). Dengan adanya agama, iman tersemat di dalam hati manusia dan nafsu dapat dibendung. Mudah-mudahan kita menjadi golongan yang diterima segala amalan kelak, insyaALLAH. Begitulah sedikit perkongsian tentang majlis ini.

Berikut adalah beberapa gambaran suasana sewaktu majlis berlangsung:-

Dato’ Mufti memberi sedikit pengisian ilmu.

Anak kecil juga datang..hehe.

muslimat tidak melepaskan peluang merebut ilmu.

Khusyuk dengar kuliah. lagi baik kalu buat rakaman atau buat nota tentang isi penting.

Sesi jamuan ringan Jawatankuasa bersama Dato’ Mufti.

sempat berbincang lagi.

Anak kecil lagi (comel).

Muslimat menjamah selera.

senyum.

Senyum itu juga sedekahkan. =)

Macam memikirkan sesuatu.

Mendengar dan berbincang.

 

Sebenarnya, ada banyak lagi gambar yang nak dikongsi, tapi mungkin cukup rasanya untuk kali ini.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s