Orang Yang Beraqal (Cerdik)


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, puji-pujian selayaknya hanya kepada ALLAH SWT, Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini.  Puji-pujian sekali lagi kerana dengan izinNYA jua, diri ini masih merasai akan nikmatnya Iman dan Islam.

Coretan kali ini adalah berkisar mengenai pertanyaan Abu Dzar kepada RasululLah SAW mengenai intipati dan pengajaran yang terdapat dalam kandungan suhuf Ibrahim dan Musa seperti mana firman ALLAH SWT;

“…Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman), dan mengingati nama Tuhannya, lalu dia solat. Sedangkan kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya (pengajaran) ini terdapat di dalam kitab-kitab yang dahulu, (iaitu) kitab-kitab Ibrahim dan Musa.” (Surah al-A’laa, 87:14-19)

Suatu hari, Abu Dzar bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai kewujudan pegangan umat Muhammad terhadap kitab Ibrahim dan Musa. RasululLah SAW bersabda, “Ya, bacalah wahai Abi Dzar firman Allah, Surah al-A’laa, ayat 14-19.” Di samping itu, Abu Dzar juga pernah bertanya mengenai kandungan suhuf Ibrahim dan Musa. RasululLah bersabda, “kesemuanya adalah nasihat (pengajaran).”  Antaranya, “Wahai raja yang terpedaya, sesungguhnya Allah tidak melantik engkau untuk mengumpulkan harta dunia tetapi aku melantik engkau untuk mendengar dakwaan orang yang dizalimi.  Sesungguhnya Allah tidak akan menolak doa orang yang dizalimi walaupun dari mulut orang yang kafir.”

Di dalamnya juga terdapat kata-kata, “orang-orang yang beraqal (cerdik) hendaklah membahagikan (1) Masa kehidupannya kepada tiga bahagian iaitu; (1.1) bermunajat kepada ALLAH SWT, (1.2) muhasabah diri, memikirkan dan mencari hikmah yang terdapat pada tiap-tiap perkara yang diciptakan ALLAH SWT dan (1.3) mencari rezeki pada jalan halal.”

Selain itu, “orang yang beraqal (cerdik) akan menggunakan (2) Tenaganya untuk (2.1) sebagai modal untuk mencari dan menambah bekalan akhirat. Sebenarnya, akhirat merupakan alamat sebenar kehidupan kita. Alamat di dunia ini hanyalah alamat sementara, tidak ada alamat kekal di dunia ini (merujuk kepada alamat kediaman, pejabat dan sebagainya). Orang yang cerdik juga akan (2.2) mengatur urusan untuk kehidupannya di samping (2.3) mencari kelazatan hidup pada perkara yang tidak haram yakni halal.”

(3) Sikap

Sabda Rasulullah SAW lagi “orang yang beraqal (cerdik) perlu (3.1) arif tentang zamannya, (3.2) bersedia menghadapi masa depan dan (3.3) menjaga lidahnya (tutur kata)*.  Sesiapa yang menghitung perkataannya berbanding amalannya nescaya kuranglah ia bercakap melainkan dalam urusan yang penting sahaja.”

Berkata imam al-Ghazali, “Lidah orang beriman hanya berkata-kata (bercakap) setelah mendapat kelulusan daripada hati yang berlandaskan Iman dan Islam.” (mungkin ada yang lebih tepat lagi)

Abu Dzar bertanya pula tentang inti pati suhuf Musa A.S.  Sabda Baginda, “Kesemuanya adalah pengajaran.  Aku hairan bagaimana seseorang yang yakin dengan mati tetapi dia masih boleh bergembira.  Aku hairan bagaimana seorang yang yakin dengan qadar tetapi masih bersusah payah.  Aku hairan dengan orang yang telah melihat dunia dan orang yang bergelumang di dalamnya tetapi dia boleh tenang dengan dunia itu dan aku juga hairan dengan orang yang yakin dengan hari hisab tetapi dia masih lagi tidak beramal.”

*Begitulah kisahnya tentang bagaimana kehidupan orang yang cerdik. Sama-samalah kita mengambil pengajaran dan iktibar sebaiknya.

*Menjaga lidah/ tutur kata = Tulisan di SMS, Twitter, Blog, Facebook, laman sosial yang lain mahupun di website.

Kisah ini di adaptasi dan diolah oleh penulis daripada hasil Majlis Tafaqquhfiddin yang disampaikan Yg. Bhg. YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Ustaz Elias Zakaria di Surau al-A’laa, pada 19 Jun 2011(1015am-1200am) yang lalu. Pengisiannya berkisar tentang “orang yang beraqal dan cerdik”.

Berikut adalah sedikit sebanyak gambaran suasana majlis.

YDP MAINPP Yg. Bhg. Ustaz Elias Zakaria

Layan. 😉

YDP bersalaman dengan jemaah yang hadir setelah tamat majlis. 😉

Jamuan ringan: turut kelihatan Haji Ghani, Ustaz Suib (IM) dan Haji Adenan.

Khusyuk berbicara: Ustaz Suib,  Firdaus (juga turut serta), YDP Yg Bhg. Ustaz Elias Zakaria dan lain-lain.

**Ya ALLAH, ya Tuhanku, ampuni dosa-dosa yang telah hambaMU ini lakukan, peliharalah akan nikmat Iman dan Islam yang Engkau kurniakan ini dan janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau memberikan nikmat Iman dan Islam.Ya ALLAH, sesungguhnya hambaMU ini tidak mengetahui amal mana yang akan diterimaMU, maka hambaMU ini bermohon agar Engkau redhailah segala amal-amal hambaMu ini termasuk amal-amal mereka (ikhwah dan akhawat serta muslimin dan muslimat seluruhnya). Ya ALLAH, tetapkanlah hati-hati ini dijalan ini dalam mencari redhaMU. Kurniakanlah kebahagiaan dan kebaikan di dunia dan akhirat. Ya ALLAH…, perkenankanlah doa hambaMU ini.Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Amin…** (Pelangifitrah, 2011)

Pelangi yang masih mampu mewarnai kehidupan dengan izin Yang Maha Esa. AlhamdulilLah, InsyaALLAH bertemu lagi. 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s