Malaysia ke Arah Kegemilangan: IKRAM sokong penuh tuntutan BERSIH 2.0


KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong penuh tuntutan lapan perkara yang diperjuangkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), demikian ditegaskan Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat, Hj Nahar Mohd Nor. Beliau berucap di hadapan lebih 700 hadirin yang penuh sesak di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dalam majlis pelancaran Himpunan BERSIH 2.0 pada Ahad lalu.

Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah:

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Haji Nahar

Hj Nahar (Gambar) yang berucap mewakili IKRAM menegaskan bahawa semua tuntutan tersebut penting bagi memastikan keputusan pilihan raya selepas ini tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Ia juga bagi memastikan pihak yang menang mendapat mandat yang jelas daripada rakyat untuk memerintah negara.

“Sekiranya proses pilihan raya dan keputusannya diragui, IKRAM khuatir akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti di Ivory Coast (dan Kenya),” ujarnya. IKRAM merupakan anggota BERSIH 2.0 yang turut disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, manakala Setiausaha Agung IKRAM, Hj Zaid Kamaruddin adalah salah seorang daripada 14 ahli jawatankuasa induknya.

Wakil NGO’s

BERSIH 2.0 telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan perhimpunan besar-besaran kali kedua pada 9 Julai depan bagi menuntut lapan perkara asas tersebut. Ia bertujuan membersihkan proses pilihan raya di negara ini dan memastikan ia dijalankan secara telus dan adil.

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkali-kali menegaskan bahawa gabungan kali ini tidak dipengaruhi ‘tangan-tangan politik’ di belakangnya kerana BERSIH 2.0 adalah gerakan rakyat untuk rakyat. Beliau turut memberi jaminan kepada polis bahawa perhimpunan yang dirancang nanti adalah aman sepertimana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan BERSIH pertama pada November 2007. Ambiga mengajak semua pihak termasuk Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) menyertai perhimpunan tersebut bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

“Ia sebenarnya bagus untuk BN juga kerana akan menaikkan kredibiliti BN,” katanya.

Perhimpunan pada 9 Julai ini akan melibatkan tiga lokasi iaitu pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Lebih menarik, ia turut akan diadakan serentak oleh warga Malaysia di luar negara iaitu di Canberra dan Sydney, Australia, di London, England dan di Taiwan.

Selain Hj Nahar, wakil-wakil NGO lain yang berada di atas pentas turut diberi peluang untuk menyuarakan pandangan masing-masing. Sasterawan Negara, A Samad Said (Pak Samad) yang dijemput khas juga berucap menyatakan sokongan tidak berbelah bahaginya kepada Himpunan BERSIH 2.0.

Walaupun BERSIH 2.0 tidak melibatkan parti-parti politik, wakil-wakil mereka dari PAS, Parti Keadilan Rakyat, DAP, SAPP dan Parti Rakyat Malaysia turut hadir dan berucap. Bagaimanapun, tiada wakil dari pihak yang menentang BERSIH tampil ke hadapan apabila dijemput oleh pengerusi majlis, Haishamuddin Rais.

Majlis diakhiri dengan perarakan simbolik membawa masuk lapan sepanduk yang setiap satunya tertera tuntutan BERSIH 2.0 diiringi paluan gendang yang menggegarkan segenap pelosok dewan.

(Foto-foto oleh abah_anas)

Tambahan:

๐Ÿ˜‰

Advertisements

2 comments on “Malaysia ke Arah Kegemilangan: IKRAM sokong penuh tuntutan BERSIH 2.0

  1. Assalamu’alaykum…IKRAM menyokong atas dasar syura.Kita banyak terdedah kepada provokasi yang demostrasi adalah sesuatu yang perlu dielakkan untuk menjaga maslahat semua.even ramai yang menegakkan kepada kita,perlu taat kepada ulul-amri.Bila baca risalah IHAB,saya lebih faham keperluan dan konsep politik iaitu kita punya gagasan/fikrah terhadap politik tapi bukan berparti dalam politik sehingga dipengaruhi oleh seseorang darinya.Semua orang punya pandangan peribadi namun,setiap yang ditarbiyyah perlu mengikut gagasan yg disyurakan.jzkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s