“Antara Cookies, Tali Pinggang Polo Swiss dan Anugerah Anggota Terbaik Bulanan (September 2011)”


Alhamdulillah segala puji hanya bagi ALLAH. DIA yang memiliki apa yang ada di bumi dan langit.

Just cerita santai saja untuk post kali ini. “Antara cookies, tali pinggang Polo Swiss dan Anugerah anggota terbaik bulanan (September 2011)”. Itulah tajuk kali ini. Macam mana nak mula. Sebenarnya, ketiga-tiga item ini berkait antara satu sama lain.

Alhamdulillah, bulan September 2011 yang lalu, saya dianugerahkan anggota terbaik. Baru bulan lapan memulakan tugas di satu GILC. Rasa begitu cepat masa berlalu dan terlalu cepat dengan segala-galanya. Sesuatu yang tidak disangka-sangka atau harapkan, tetapi dikurniakan oleh majikan. Terima kasih buat pihak pengurusan yang mengambil berat akan kebajikan pekerjanya. Kepada yang lain, teruskan usaha. Kejayaan ini juga kejayaan kalian. Semua ini milik Allah. Semoga dihindarkan rasa riak, ujub, takabbur jika wujud dihati ini dan dipeliharanya Iman agar dapat berbakti dan bermanfaat pada yang lain.

Tatkala itu juga, ramai sahabat yang ucap tahniah. Kaitannya dengan tali pinggang Polo Swiss yang mahal di atas adalah juga sebagai tanda terima kasih seorang insan kepada saya walaupun saya tidak mengharapkan apa-apa. Tambahan lagi, ia juga sebagai tanda ucapan tahniah insan tersebut kerana saya mendapat anugerah di atas. Malu, segan, terharu dan sebagainya muncul dalam hati dan fikiran. Takut pun ada. Apa-apa pun insan itu juga memberi cookies yang sedap. Dua balang pulak tu. Kalau nak cuba, bagitahu ye. Nanti saya maklumkan padanya. Tak percaya? sedap…

Alhamdulillah, Allah kurniakan sesuatu yang tidak saya sangkakan. saya hargainya seumur hidup saya. Kepada kawan-kawan yang wish juga, suatu hari kalian akan dapat yang lebih baik.ย  Kepada bos, teruskan perjuangan dan da’wah. hehe.ย  Kepada insan yang beri cookies dan tali pinggang polo swiss, semoga Iman terus meningkat dan diberi kesihatan yang baik agar dapat memberi qudwah hasanah kepada yang lain. Terharu sebenarnya. Tak lupa juga, supaya business terus berkembang maju.

Terima kasih atas segala-galanya. “semoga ALLAH berikan yang terbaik untuk setiap insan yang pernah saya ketemui, bersahabat, berkenalan mahupun berpisah keranaNYA”. Saya sayang kalian. Jadi yang terbaik ye ๐Ÿ˜‰

(Pelangifitrah, 2011)

“Aku Ingin Cantik Sepertimu”


Di pagi yang cerah seorang gadis berkata kepada ibunya: “Ibu, engkau selalu terlihat cantik, aku ingin sepertimu”. Dengan tatapan dan senyum haru, sang ibu menjawab; Continue reading

Protected: Gembiranya dan Tenangnya Hati Apabila Sentiasa RindukanNYA


This content is password protected. To view it please enter your password below: