Kisah Qabil dan Habil (Ustaz Syazalie)


Majlis Ta’lim IKRAM merupakan kuliah bulanan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Surau An-Nur Lebuh Nipah Pulau Pinang. Kuliah ini menceritakan tentang kisah dua orang anak Nabi Adam AS iaitu Qabil dan Habil. Timbul pelbagai persoalan; (1) adakah mereka berbunuhan kerana berebutkan isteri? atau (2) apakah ia hanya israeliyat? dan (3) adakah nama mereka Qabil dan Habil? Sama-sama kita ikuti kuliah ini. Moga ia bermanfaat buat pembaca.

Siri 1/6

Continue reading

Kisah Bani Israel & Palestin (Ustaz Syazalie)


Majlis Ta’lim IKRAM merupakan kuliah bulanan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Surau An-Nur Lebuh Nipah Pulau Pinang. Tafsir maudhu’ie membincangkan Kisah Bani Israel dan Palestin berdasarkan Surah Al-Maidah ayat 20 – 26. Berikut merupakan video klip siri majlis ini dari slot 1/7 sehingga 7/7. Sama-sama kita dengar, manfaat dan amal dengan ikhlas seterusnya mengajarkan pada sahabat yang lain.

Siri 1/7

Continue reading

Jadual Pengajian & Program Jun 2011 (Surau al-Muttaqin Bandar Putra Bertam)


Sama-sama kita imarahkan Masjid dan musolla.

Sources: Surau al-Muttaqin Bandar Putra Bertam (Click Here)

Penyebaran Foto di Internet.. Hukum Syariah dan Etika Professional Bagaimana?


Di antara  perkembangan  dunia canggih kini ialah berkembang-biaknya jurufoto amatur dan mudahnya berkongsi gambar  melalui pelbagai media  di alam cyber.

Amat mudah bagi seseorang untuk mengambil gambar menggunakan kamera telefon atau kamera digital dan memuat-naikkan ke  laman sesawang, blogspot atau Facebook etc.

Melalui Facebook pula, gambar-gambar ini  boleh di ’tag’, sekaligus meletakkan gambar berkenaan di Laman Facebook orang yang di ’tag’, tanpa mengira samaada orang yang di’tag’ tersebut suka atau tidak gambarnya dipaparkan di laman Facebook miliknya. Continue reading

Jika Aku Jatuh Hati…


Ya ALLAH,

Jika aku jatuh cinta,

Cintakanlah aku pada seseorang,

Yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.


Ya Muhaimin,

Jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang,

Yang hatinya terpaut padaMu,

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Continue reading

Lepaks la bro…


30 Mac 2010 merupakan hari di mana saya dan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan yang lain membentangkan Projek Sarjana Muda (PSM; Pengurusan Pemasaran) di sebuah hotel yang agak terkenal di Johor Bahru yang bertaraf lima bintang. Yeke? Entah la…Alhamdulillah segalanya dipermudahkan ALLAH buat saya dan rakan-rakan dalam membentangkan projek ini. Pada juniorku buat yang terbaik untuk PSM pada masa akan datang. Segala persiapan yang dibuat untuk pembentangan sebelum 30 Mac berakhir apabila selesai sesi soal jawab dengan panel penilai. Selepas pembentangan, kami semua dihidangkan dengan makanan tengahari yang beraneka juadah. Kami sempat bergambar antara satu sama lain bagi mengimbau kembali kenangan bersama di pembentangan terakhir semester ini.

Pada sebelah malamnya pula, saya dan rakan-rakan berpeluang menghadiri makan malam yang dianjurkan juniorku sempena symposium kali ini. Macam-macam aktiviti yang telah diaturkan, namun banyak yang mengundang kearah keseronokan yang sementara. Bagi yang menganggap bahawa perkara ini lagha, ia akan dianggap dan dipandang serong kerana dikatakan tidak tahu untuk menyesuaikan diri dalam sesuatu majlis. Benarkah? Atau kita yang buta hati dalam menilai yang mana baik dan buruk. Tetapi apa pun, yang  jelas dengan matlamat kita hidup, berhati-hatilah dalam membuat penilaian yang sebenar. Jangan tersalah membuat penilaian. Setelah tamatnya makan malam lebih kurang pukul 11.00pm, sesiapa yang datang dengan bas, boleh terus pulang ke kamar masing-masing di Universiti manakala bagi yang menaiki kenderaan, terpulang jika hendak ke mana sahaja. Di sini, saya berpeluang melihat suasana anak muda di malam hari yang agak dahsyat juga. Continue reading

Suka hati? Sedarlah wahai pokok Mempelam…


Perjalanan kehidupan ini berterusan tanpa sedikit pun ada cacat celanya malah mengikuti segala ketetapan yang ditentukan Allah swt, Tuhan sekalian alam. Seluruh alam bergerak tanpa berbantah. Planet-planet berputar mengikut orbitnya sambil bumi juga berputar sehingga menghasilkan malam dan siang yang menjadi waktu untuk manusia mencari nafkah dan berehat sebagai hambaNya dan khalifah di muka bumi.

Pokok yang wujud di bumi ini seperti pokok mempelam mampu menghasilkan buah yang ranum dan manis jika kuantiti dan kualiti baja, air dan cahaya matahari mencukupi dan mengikut keperluannya. Apabila sampai masanya, kita mampu memetik lalu diniagakan atau menjadi sajian pencuci mulut (mmm…sedapnya!). Tapi, adakah hanya baja, air dan cahaya matahari mencukupi untuk memastikan bahawa pokok tersebut akan menghasilkan buah yang ranum dan manis? Sudah tentu Continue reading