terlalu asyik…


kehidupan ini akan berlalu begitu sahaja jika kita memanfaatkan sebaik mungkin. Yang muda akan menjadi tua, jika sempat. Jika tak, ke sanalah kita akan pergi.

Dek kerana terlalu disibukkan hal dunia, masa yang berlalu sukar untuk dimanfaat. Tubuh menuntut hak agar ia dapat rehat sebelum memulakan tugasnya esok hati. Kaki sukar membawa tubuh ke majlis ilmu. Namun, hati meberontak dan mengetuk urat dan saraf yang lainnya agar terus bekerja. Apabila dirasakan kosong, ia segera diisi dengan alunan zikir, solat lima waktu. Walaupun akal mengatakan ia cukup, tetap juga hati merasa sesuatu perlu diisi dengan ruh.
Tatkala suatu ketika dulu, hati diisi dengan sinaran ‘amal dan keceriaan akh.. anggota tubuh lain tergerak apabila hati menyatakan hasratnya. Kepada jari-jemari, mata, dan lainnya, bersabarlah… kaki ini akan menjadi saksi betapa tubuh ini digerakkan di jalan ‘amal.. semoga dipermudahkan ke jalan itu..

“Antara Cookies, Tali Pinggang Polo Swiss dan Anugerah Anggota Terbaik Bulanan (September 2011)”


Alhamdulillah segala puji hanya bagi ALLAH. DIA yang memiliki apa yang ada di bumi dan langit.

Just cerita santai saja untuk post kali ini. “Antara cookies, tali pinggang Polo Swiss dan Anugerah anggota terbaik bulanan (September 2011)”. Itulah tajuk kali ini. Macam mana nak mula. Sebenarnya, ketiga-tiga item ini berkait antara satu sama lain.

Alhamdulillah, bulan September 2011 yang lalu, saya dianugerahkan anggota terbaik. Baru bulan lapan memulakan tugas di satu GILC. Rasa begitu cepat masa berlalu dan terlalu cepat dengan segala-galanya. Sesuatu yang tidak disangka-sangka atau harapkan, tetapi dikurniakan oleh majikan. Terima kasih buat pihak pengurusan yang mengambil berat akan kebajikan pekerjanya. Kepada yang lain, teruskan usaha. Kejayaan ini juga kejayaan kalian. Semua ini milik Allah. Semoga dihindarkan rasa riak, ujub, takabbur jika wujud dihati ini dan dipeliharanya Iman agar dapat berbakti dan bermanfaat pada yang lain.

Tatkala itu juga, ramai sahabat yang ucap tahniah. Kaitannya dengan tali pinggang Polo Swiss yang mahal di atas adalah juga sebagai tanda terima kasih seorang insan kepada saya walaupun saya tidak mengharapkan apa-apa. Tambahan lagi, ia juga sebagai tanda ucapan tahniah insan tersebut kerana saya mendapat anugerah di atas. Malu, segan, terharu dan sebagainya muncul dalam hati dan fikiran. Takut pun ada. Apa-apa pun insan itu juga memberi cookies yang sedap. Dua balang pulak tu. Kalau nak cuba, bagitahu ye. Nanti saya maklumkan padanya. Tak percaya? sedap…

Alhamdulillah, Allah kurniakan sesuatu yang tidak saya sangkakan. saya hargainya seumur hidup saya. Kepada kawan-kawan yang wish juga, suatu hari kalian akan dapat yang lebih baik.ย  Kepada bos, teruskan perjuangan dan da’wah. hehe.ย  Kepada insan yang beri cookies dan tali pinggang polo swiss, semoga Iman terus meningkat dan diberi kesihatan yang baik agar dapat memberi qudwah hasanah kepada yang lain. Terharu sebenarnya. Tak lupa juga, supaya business terus berkembang maju.

Terima kasih atas segala-galanya. “semoga ALLAH berikan yang terbaik untuk setiap insan yang pernah saya ketemui, bersahabat, berkenalan mahupun berpisah keranaNYA”. Saya sayang kalian. Jadi yang terbaik ye ๐Ÿ˜‰

(Pelangifitrah, 2011)

“Aku Ingin Cantik Sepertimu”


Di pagi yang cerah seorang gadis berkata kepada ibunya: “Ibu, engkau selalu terlihat cantik, aku ingin sepertimu”. Dengan tatapan dan senyum haru, sang ibu menjawab; Continue reading

Kisah Bani Israel & Palestin (Ustaz Syazalie)


Majlis Ta’lim IKRAM merupakan kuliah bulanan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Surau An-Nur Lebuh Nipah Pulau Pinang. Tafsir maudhu’ie membincangkan Kisah Bani Israel dan Palestin berdasarkan Surah Al-Maidah ayat 20 – 26. Berikut merupakan video klip siri majlis ini dari slot 1/7 sehingga 7/7. Sama-sama kita dengar, manfaat dan amal dengan ikhlas seterusnya mengajarkan pada sahabat yang lain.

Siri 1/7

Continue reading

Penyebaran Foto di Internet.. Hukum Syariah dan Etika Professional Bagaimana?


Di antaraย  perkembanganย  dunia canggih kini ialah berkembang-biaknya jurufoto amatur dan mudahnya berkongsi gambarย  melalui pelbagai mediaย  di alam cyber.

Amat mudah bagi seseorang untuk mengambil gambar menggunakan kamera telefon atau kamera digital dan memuat-naikkan keย  laman sesawang, blogspot atau Facebook etc.

Melalui Facebook pula, gambar-gambar iniย  boleh di โ€™tagโ€™, sekaligus meletakkan gambar berkenaan di Laman Facebook orang yang di โ€™tagโ€™, tanpa mengira samaada orang yang diโ€™tagโ€™ tersebut suka atau tidak gambarnya dipaparkan di laman Facebook miliknya. Continue reading

Aku dan Sawah Padi


Sawah padi indah sekali. Apabila padi mulai masak, ia kelihatan kekuningan bagaikan emas. Setiap butir itu begitu berharga sekali. Melalui di batas bendang atau laluan di antara sawah padi, memerlukan kita supaya berhati-hati supaya tidak tergelincir. Kalau tergelincir, apa akibatnya? Wallahuaโ€™lam. Mungkin aja luka, terseliuh, patah kaki atau tangan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan pakaian? Barangkali pakaian itu koyak, kotor malah mungkin diselaputi lumpur sewaktu padi disemai. Namun apabila selesai menuai, bagaimana pula pakaian dan keadaan kita sekiranya terjatuh di sawah yang telah dibakar dan kering-kontang? Mungkin kecederaannya lebih serius dan kotorannya meninggalkan kesan yang mendalam. Secara keseluruhannya, jika kita jatuh, barangkali menyebabkan kita cedera dan sebagainya.

Sungguhpun begitu, ramai di antara kita yang melalui batas itu tanpa tergelincir apatah lagi jatuh gedebuk! Seronokkankan apabila kita berjaya mengharungi sambil ketawa riang sehingga sampai ke penghujung batas. Tapi tidak semua dapat melaluinya seperti yang disebutkan.

Bagi penulis, Continue reading

Protected: Gembiranya dan Tenangnya Hati Apabila Sentiasa RindukanNYA


This content is password protected. To view it please enter your password below: