“Antara Cookies, Tali Pinggang Polo Swiss dan Anugerah Anggota Terbaik Bulanan (September 2011)”


Alhamdulillah segala puji hanya bagi ALLAH. DIA yang memiliki apa yang ada di bumi dan langit.

Just cerita santai saja untuk post kali ini. “Antara cookies, tali pinggang Polo Swiss dan Anugerah anggota terbaik bulanan (September 2011)”. Itulah tajuk kali ini. Macam mana nak mula. Sebenarnya, ketiga-tiga item ini berkait antara satu sama lain.

Alhamdulillah, bulan September 2011 yang lalu, saya dianugerahkan anggota terbaik. Baru bulan lapan memulakan tugas di satu GILC. Rasa begitu cepat masa berlalu dan terlalu cepat dengan segala-galanya. Sesuatu yang tidak disangka-sangka atau harapkan, tetapi dikurniakan oleh majikan. Terima kasih buat pihak pengurusan yang mengambil berat akan kebajikan pekerjanya. Kepada yang lain, teruskan usaha. Kejayaan ini juga kejayaan kalian. Semua ini milik Allah. Semoga dihindarkan rasa riak, ujub, takabbur jika wujud dihati ini dan dipeliharanya Iman agar dapat berbakti dan bermanfaat pada yang lain.

Tatkala itu juga, ramai sahabat yang ucap tahniah. Kaitannya dengan tali pinggang Polo Swiss yang mahal di atas adalah juga sebagai tanda terima kasih seorang insan kepada saya walaupun saya tidak mengharapkan apa-apa. Tambahan lagi, ia juga sebagai tanda ucapan tahniah insan tersebut kerana saya mendapat anugerah di atas. Malu, segan, terharu dan sebagainya muncul dalam hati dan fikiran. Takut pun ada. Apa-apa pun insan itu juga memberi cookies yang sedap. Dua balang pulak tu. Kalau nak cuba, bagitahu ye. Nanti saya maklumkan padanya. Tak percaya? sedap…

Alhamdulillah, Allah kurniakan sesuatu yang tidak saya sangkakan. saya hargainya seumur hidup saya. Kepada kawan-kawan yang wish juga, suatu hari kalian akan dapat yang lebih baik.ย  Kepada bos, teruskan perjuangan dan da’wah. hehe.ย  Kepada insan yang beri cookies dan tali pinggang polo swiss, semoga Iman terus meningkat dan diberi kesihatan yang baik agar dapat memberi qudwah hasanah kepada yang lain. Terharu sebenarnya. Tak lupa juga, supaya business terus berkembang maju.

Terima kasih atas segala-galanya. “semoga ALLAH berikan yang terbaik untuk setiap insan yang pernah saya ketemui, bersahabat, berkenalan mahupun berpisah keranaNYA”. Saya sayang kalian. Jadi yang terbaik ye ๐Ÿ˜‰

(Pelangifitrah, 2011)

Pelangi


Pelangi, pelangi
Alangkah indahmu
Merah kuning hijau
Di langit yang biru
Pelukismu agong
Siapa gerangan
Pelangi, pelangi
Ciptaan Allah Continue reading

Bila Hati Menyatakan Hasratnya…


*tersirat 1001 makna dan hasrat hati*

Jika inilah jalannya yang aku bakal tempuhi, maka permudahkanlah ia bagiku . Sesungguhnya aku tidak berdaya membuat apa-apa melainkan dengan pertolonganMU.

(pelangi fitrah, 2011)

*Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui akan hasrat hati ini.

“Aku Ingin Cantik Sepertimu”


Di pagi yang cerah seorang gadis berkata kepada ibunya: “Ibu, engkau selalu terlihat cantik, aku ingin sepertimu”. Dengan tatapan dan senyum haru, sang ibu menjawab; Continue reading

Orang Yang Beraqal (Cerdik)


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, puji-pujian selayaknya hanya kepada ALLAH SWT, Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini.ย  Puji-pujian sekali lagi kerana dengan izinNYA jua, diri ini masih merasai akan nikmatnya Iman dan Islam.

Coretan kali ini adalah berkisar mengenai pertanyaan Abu Dzar kepada RasululLah SAW mengenai intipati dan pengajaran yang terdapat dalam kandungan suhuf Ibrahim dan Musa seperti mana firman ALLAH SWT; Continue reading

Isti’ab Khoriji


Sedikit khulasoh dan refleksi daripada penyampaian Ustaz Firman tadi. Perkongsian mengenai Isti’ab dalam Dakwah dan Da’i karya Syeikh Fathi Yakan. Sempat membincangkan mengenai takrifan isti’ab dan isti’ab khoriji. Continue reading

Aku dan Sawah Padi


Sawah padi indah sekali. Apabila padi mulai masak, ia kelihatan kekuningan bagaikan emas. Setiap butir itu begitu berharga sekali. Melalui di batas bendang atau laluan di antara sawah padi, memerlukan kita supaya berhati-hati supaya tidak tergelincir. Kalau tergelincir, apa akibatnya? Wallahuaโ€™lam. Mungkin aja luka, terseliuh, patah kaki atau tangan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan pakaian? Barangkali pakaian itu koyak, kotor malah mungkin diselaputi lumpur sewaktu padi disemai. Namun apabila selesai menuai, bagaimana pula pakaian dan keadaan kita sekiranya terjatuh di sawah yang telah dibakar dan kering-kontang? Mungkin kecederaannya lebih serius dan kotorannya meninggalkan kesan yang mendalam. Secara keseluruhannya, jika kita jatuh, barangkali menyebabkan kita cedera dan sebagainya.

Sungguhpun begitu, ramai di antara kita yang melalui batas itu tanpa tergelincir apatah lagi jatuh gedebuk! Seronokkankan apabila kita berjaya mengharungi sambil ketawa riang sehingga sampai ke penghujung batas. Tapi tidak semua dapat melaluinya seperti yang disebutkan.

Bagi penulis, Continue reading

Alqamah & Si Penulis


Sewaktu zaman Rasulullah SAW, terdapat seorang lelaki yang mana ketika sakaratul maut menghampirinya, ruhnya tertahan tatkala kesakitan yang teramat sangat. Dia sukar mengungkapkan kalimah Syahadah. ย Nak tahu kenapa? Kerana dia melebihkan isteri daripada ibunya yang mengandung, melahir dan menyusu malah membesarkannya dengan baik sekali. Beliau ialah Alqamah. Mungkin ramai yang sudah mengetahui kisah ini. kepada yang tahu, Alhamdulillah. Moga ia menjadi peringatan sekali lagi dan kepada yang baru tahu, jadikan ia sebagai pengajaran termasuklah orang yang menulis artikel ini. Sesungguhnya, tidak Allah jadikan semua ini sia-sia.๏ปฟ Continue reading

BEBAS PALESTIN


Bebas Palestin


La ilaha illaLlah
Muhammadur RasuluLlah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabiliLlah

…Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta


Continue reading

Ramadhan & Peringatan buat diri…


Tak larat la…malaslah, letih tau dak…”barangkali ini diantara ucapan yang sering akan didengari sepanjang Ramadhan… Puasa bukanlah satu alasan untuk kita kurang @ turunkan produktiviti Iman dan amal kita, malah dari aspek pekerjaan sekalipun…

Sahabat2ku, ingat tak bila berlakunya Perang Badar? ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah. Islam mencapai kemenangan walaupun dengan jumlah yang sedikit berbanding tentera musuh yang lebih besar bilangannya.

Hebatnya mereka, nak tak jadi seperti mereka @ jadikan mereka role model?

kalau nak, jom kita setkan minda kita bahawa Universiti Ramadhan ini bukan tempat untuk menjadi alasan kepada Kurangnya produktiviti Iman, amal dan kerja seharian NAMUN ia akan menjadi Universiti yang akan melahirkan Individu Muslim yang berTAQWA.

Sama-sama kita ikhlas beristiqamah dalam beramal kerana ALLAH..

Pesanan buat diriku & sahabat2ku…

By cahaya fitrah Posted in Hati

Kunci? Alhamdulillah…


Pengalaman semalam banyak mengajar saya tentang erti syukur. Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya yang ingin ditazkirahkan kepada kita secara langsung. Namun, ia menjadi buah fikiran dan pengajaran kepada kita bagaimana kita memandangnya dari pelbagai aspek pemikiran.

Semalam, saya bersama-sama keluarga menghadiri beberapa kenduri kahwin di sekitar kawasan rumah dan di luar kawasan. Peristiwa ini menjadi suatu pengajaran yang sangat bermakna apabila kami terkunci di luar rumah sebelum bertolak ke rumah kenduri. Maksudnya kunci tertinggal di dalam rumah tetapi rumah sudah berkunci. Tambahan pula kunci โ€˜penduaโ€™ pula juga terdapat di dalam rumah dan tidak sempat untuk diambil. Biasanya kunci tersebut akan di bawa bersama apabila keluarnya kami dari rumah.

Berbekalkan hati yang berbelah bahagi sama ada untuk terus menghadiri kenduri atau mencari inisiatif untuk membuka pintu, keputusan dibuat dan kami bersama-sama menyerah pada ALLAH atas apa yang berlaku seterusnya pergi kenduri. Suasana di tempat kenduri seperti yang semua sedia maklum agak riuh apabila ada di antara saudara-mara bertemu setelah sekian lama tidak berjumpa. Tersenyum saya mengenang peristiwa ini. Continue reading

Buatmu Ibu


Sudah lama tidak menulis artikel. Moga artikel ini bermanfaat buat pembaca. Sebagaimana yang kita tahu, ibu merupakan insan yang dekat dengan hati kita kerana pengorbanan yang tidak ternilai. Ibu merupakan insan yang mengandungkan kita, melahirkan kita, menyusukan kita malah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Alangkah bertuahnya diri ini kerana masih lagi mempunyai seorang ibu yang begitu menyayangi anak-anak tanpa meminta balasan sedikitpun daripada setiap pengorbanannya. Saat diusia remaja, saya mungkin salah seorang daripada ramai insan bertuah yang masih lagi dapat melihat, bersama dan sebagainya dengan insan yang ku panggil dengan gelaran ummi. Continue reading

By cahaya fitrah Posted in Hati

Bila Hati Ini Bicara..


ย 

Sebagaimana orang lain, diri ini juga menyayangi insan lain. Semakin lama semakin terasa hati ini sebagai seorang manusia merindui manusia yang lain. Continue reading

By cahaya fitrah Posted in Hati Tagged