Malaysia ke Arah Kegemilangan: IKRAM sokong penuh tuntutan BERSIH 2.0


KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong penuh tuntutan lapan perkara yang diperjuangkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), demikian ditegaskan Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat, Hj Nahar Mohd Nor. Beliau berucap di hadapan lebih 700 hadirin yang penuh sesak di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dalam majlis pelancaran Himpunan BERSIH 2.0 pada Ahad lalu.

Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah:

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor Continue reading

Kisah Bani Israel & Palestin (Ustaz Syazalie)


Majlis Ta’lim IKRAM merupakan kuliah bulanan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Surau An-Nur Lebuh Nipah Pulau Pinang. Tafsir maudhu’ie membincangkan Kisah Bani Israel dan Palestin berdasarkan Surah Al-Maidah ayat 20 – 26. Berikut merupakan video klip siri majlis ini dari slot 1/7 sehingga 7/7. Sama-sama kita dengar, manfaat dan amal dengan ikhlas seterusnya mengajarkan pada sahabat yang lain.

Siri 1/7

Continue reading

Iktikaf Perdana IKRAM Pulau Pinang (IKRAM PP)


Alhamdulillah, lafaz terukir, hati berzikir pada ALLAH yang telah memberi ruang dan peluang untuk bertemu dengan Ramadhan 1431H 2010 sehingga di perbatasan Syawal. Bersyukur juga kepada ALLAH SWT kerana telah memberi peluang bagiku untuk bersama dengan IKRAM Pulau Pinang (IKRAM PP) dalam Program Iktikaf Perdana bertempat di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang dari 3 September 2010 sehingga 5 Sepetember 2010. Continue reading