Terjemahan Penawar Bagi Hati (Mata)


Tarikh/ Waktu: 19 Jun 2011 (Ahad)/ 9.00am-12.00am.

Tempat: Surau al-A’laa, Taman Desa Sena, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Penceramah: Ustaz fazli Jaafar

Ustaz fazli jaafar sedang menyampaikan kuliahnya.

Secara ringkasnya, terjemahan penawar bagi hati ini membicarakan tentang membersihkan segala anggota yang zahir (fizikal manusia) dari perbuatan keji agar membersihkan hati daripada sifat kecelaan. Antara anggota zahir yang dimaksudkan adalah:- (1) Mata, (2) Telinga, (3) Lidah, (4) Perut, (5) Faraj, (6) Dua Tangan dan (7) Dua Kaki. Walau bagaimanapun, untuk slot yang pertama ini, ia membicarakan anggota yang pertama iaitu mata sahaja. Continue reading

Alqamah & Si Penulis


Sewaktu zaman Rasulullah SAW, terdapat seorang lelaki yang mana ketika sakaratul maut menghampirinya, ruhnya tertahan tatkala kesakitan yang teramat sangat. Dia sukar mengungkapkan kalimah Syahadah.  Nak tahu kenapa? Kerana dia melebihkan isteri daripada ibunya yang mengandung, melahir dan menyusu malah membesarkannya dengan baik sekali. Beliau ialah Alqamah. Mungkin ramai yang sudah mengetahui kisah ini. kepada yang tahu, Alhamdulillah. Moga ia menjadi peringatan sekali lagi dan kepada yang baru tahu, jadikan ia sebagai pengajaran termasuklah orang yang menulis artikel ini. Sesungguhnya, tidak Allah jadikan semua ini sia-sia. Continue reading

Lepaks la bro…


30 Mac 2010 merupakan hari di mana saya dan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan yang lain membentangkan Projek Sarjana Muda (PSM; Pengurusan Pemasaran) di sebuah hotel yang agak terkenal di Johor Bahru yang bertaraf lima bintang. Yeke? Entah la…Alhamdulillah segalanya dipermudahkan ALLAH buat saya dan rakan-rakan dalam membentangkan projek ini. Pada juniorku buat yang terbaik untuk PSM pada masa akan datang. Segala persiapan yang dibuat untuk pembentangan sebelum 30 Mac berakhir apabila selesai sesi soal jawab dengan panel penilai. Selepas pembentangan, kami semua dihidangkan dengan makanan tengahari yang beraneka juadah. Kami sempat bergambar antara satu sama lain bagi mengimbau kembali kenangan bersama di pembentangan terakhir semester ini.

Pada sebelah malamnya pula, saya dan rakan-rakan berpeluang menghadiri makan malam yang dianjurkan juniorku sempena symposium kali ini. Macam-macam aktiviti yang telah diaturkan, namun banyak yang mengundang kearah keseronokan yang sementara. Bagi yang menganggap bahawa perkara ini lagha, ia akan dianggap dan dipandang serong kerana dikatakan tidak tahu untuk menyesuaikan diri dalam sesuatu majlis. Benarkah? Atau kita yang buta hati dalam menilai yang mana baik dan buruk. Tetapi apa pun, yang  jelas dengan matlamat kita hidup, berhati-hatilah dalam membuat penilaian yang sebenar. Jangan tersalah membuat penilaian. Setelah tamatnya makan malam lebih kurang pukul 11.00pm, sesiapa yang datang dengan bas, boleh terus pulang ke kamar masing-masing di Universiti manakala bagi yang menaiki kenderaan, terpulang jika hendak ke mana sahaja. Di sini, saya berpeluang melihat suasana anak muda di malam hari yang agak dahsyat juga. Continue reading

Untuk Ratuku


Ratuku,

Inginku luahkan,

Apa yang sudah lama ingin kuluahkan,

Tentang kebimbangan ini,

Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,

Dipetik tangan-tangan yang ganas,

Lagi bernafsu serakah.

Ratuku,

Kebimbangan ini masih menebal,

apabila ku dengar,

Dengungan kumbang perosak,

Yang cuba menyedut madumu,

Walau tanpa relamu.

Continue reading