Public Forum: Ikhwan Muslimin’s Role in Building A New Middle East – 4 Jun 2011


Open Forum organized by the IKRAM Malaysian titled: Ikhwan Muslim’s Role in Building A New Middle East. The Forum was held on Saturday, June 4, 2011 at the Banquet Hall MBPJ Petaling Jaya.

Advertisements

Malaysia ke Arah Kegemilangan: IKRAM sokong penuh tuntutan BERSIH 2.0


KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong penuh tuntutan lapan perkara yang diperjuangkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), demikian ditegaskan Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat, Hj Nahar Mohd Nor. Beliau berucap di hadapan lebih 700 hadirin yang penuh sesak di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dalam majlis pelancaran Himpunan BERSIH 2.0 pada Ahad lalu.

Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah:

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor Continue reading

Senario Politik Kini Dari Kaca Mata Anak Muda


Hari ini aku melihat keadaan politik yang kucar-kacir di Malaysia. Mana tidaknya, saban hari ada sahaja isu yang berkaitan politik timbul, sehinggakan persepsi sesetengah orang mendapati bahawa politik itu kotor. Persoalannya, adakah politik itu kotor atau orang yang bekecimpung dalam bidang ini yang kotor? Kenapa soal ini boleh berlaku? Adakah mentaliti ahli politik masih berada di tahap kebudak-budakan? Lihat sahaja telatah mereka dalam sidang Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, seolah-olah macam tidak pernah ke sekolah. Bukankah telah diajar sewaktu zaman persekolahan tentang amalan mulia, cara berakhlak, menghormati pandangan orang dan sebagainya?

Bercakap tentang soal ini, timbul pula persoalan dasar pendidikan yang telah dibuat bagi melahirkan pelajar sekolah dan Universiti yang berbudi pekerti. Adakah ianya sekadar untuk menjawab peperiksaan atau diamalkan dalam hidup? Media dipengaruhi oleh ahli politik untuk mengaburi mata rakyat lainnya. Kesannya, ada yang mengatakan politik ini kotor disebabkan beberapa tangan manusia yang mementingkan materialistik semata-mata. Apakah orang sebegini yang kita ingin memimpin negara kita ini? Continue reading