Pemilik Blog


Pelangi Fitrah

Seperti yang semua maklum, saya seperti nama di hadapan wall blog. Pernah mendapat pendidikan di UTM dari tahun 2007 sehingga 2010. Dari situ, saya mengenali orang-orang yang hebat dari pelbagai aspek baik dari akhlak, kehidupannya malah dalam apa jua sekalipun. Banyak inspirasi yang saya perolehi daripada mereka ini.

Selain itu, tidak lain dan tidak bukan, saya hanya hamba ALLAH SWT, yang banyak melakukan kesilapan dan kesalahan baik sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan dan memohon maaf kepada kalian sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan yang saya pernah lakukan, sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Maafkan saya terhadap kesilapan lampau, sedang dan akan datang sekiranya saya berbuat kesilapan.

Kenali saya di:

Facebook (KLIK)

Blog (KLIK)

Komuniti Jalinan Ukhuwah IKIM (KLIK)

Kenapa Pelangi Fitrah ye? Bagi saya nama blog ini sangat sinonim dengan kehidupan saya. NAma blog ini diperolehi hasil daripada perbincangan dua orang mastermind, yeke? apa-apa pun, saya ingin ucap berbanyak terima kasih kerana sudi membantu walaupun di mata orang lain hanya nama semata (apelah sangatkan, just nama blog je). Tetapi bagi saya, ia sesuatu yang amat berharga dan sangat bernilai.

Saya juga menyedari page perkataan “Pemilik Blog” ini sebenarnya begitu besar maknanya dan ia hanya pinjaman semata dari ALLAH (Pentadbir sebenar dunia ini). Oleh itu, perkataan pemilik itu tidak melangkaui saya sebagai hambaNYA yang diberi kesempatan memiliki pinjamanNYA untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Pada kalian, selamat berziarah dan berjaulah maya!!!

Akhir kata, sekiranya panjang umur, kita jumpa lagi. InsyaALLAH…

2 comments on “Pemilik Blog

  1. Assalamu`alaikum….

    Ooo…ada sini rupanya. Selamat ber”blogging”. Manfaatkan la dengan sebaiknya…

    Wa’alaikummussalam, insyaALLAH…jzkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s