Terjemahan Penawar Bagi Hati (Mata)


Tarikh/ Waktu: 19 Jun 2011 (Ahad)/ 9.00am-12.00am.

Tempat: Surau al-A’laa, Taman Desa Sena, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Penceramah: Ustaz fazli Jaafar

Ustaz fazli jaafar sedang menyampaikan kuliahnya.

Secara ringkasnya, terjemahan penawar bagi hati ini membicarakan tentang membersihkan segala anggota yang zahir (fizikal manusia) dari perbuatan keji agar membersihkan hati daripada sifat kecelaan. Antara anggota zahir yang dimaksudkan adalah:- (1) Mata, (2) Telinga, (3) Lidah, (4) Perut, (5) Faraj, (6) Dua Tangan dan (7) Dua Kaki. Walau bagaimanapun, untuk slot yang pertama ini, ia membicarakan anggota yang pertama iaitu mata sahaja. Continue reading

Suasana Sekitar Majlis Ilmu oleh Mufti Pulau Pinang di Surau al-A’la, Taman Desa sena.


Program: Kuliah Mingguan (Jual Beli/ Muamalah)

Penceramah: Mufti Pulau Pinang Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad

Tempat/ waktu: Surau al-A’la, Taman Desa Sena, Tasek Gelugor/ 9.00am-11.30pm

AlhamdulilLah, pagi tadi (seperti tarikh dan waktu) telah berlangsung siri kuliah mingguan anjuran Surau al-A’la. Antara perkara yang disentuh dalam kuliah ini adalah mengenai jual beli dalam Islam. Entri kali ini adalah untuk berkongsi gambaran suasana sewaktu majlis berlangsung.

Tersenyum Mufti Pulau Pinang ketika menyampaikan kuliah.

Continue reading

Majlis Minum Petang Mufti Kedah di Surau al-A’la, Taman Desa sena.


Tempat: surau al-A’la, Taman Desa Sena, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Pada 28 mei 2011 yang lalu, jawatankuasa Surau al-A’la dengan kerjasama PAKSI Tasek Gelugor, Persatuan Penduduk Taman Desa Sena (TDS) dan KRT TDS telah menganjurkan majlis minum petang bersama Mufti kedah iaitu Dato’ Sheikh Mohamad Baderudin Haji Ahmad. Majlis ini turut diisi dengan pengisian ilmu di samping ramah mesra kariah TDS dengan dato’ Mufti. Continue reading