Kisah Qabil dan Habil (Ustaz Syazalie)


Majlis Ta’lim IKRAM merupakan kuliah bulanan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Surau An-Nur Lebuh Nipah Pulau Pinang. Kuliah ini menceritakan tentang kisah dua orang anak Nabi Adam AS iaitu Qabil dan Habil. Timbul pelbagai persoalan; (1) adakah mereka berbunuhan kerana berebutkan isteri? atau (2) apakah ia hanya israeliyat? dan (3) adakah nama mereka Qabil dan Habil? Sama-sama kita ikuti kuliah ini. Moga ia bermanfaat buat pembaca.

Siri 1/6

Continue reading

Advertisements

Majlis Penyerahan Bantuan Hari Raya & Majlis Berbuka Serta Moreh


Anjuran: Surau Al-A’laa/ Persatuan Penduduk Taman Desa Sena

Tarikh: 5 september 2010 (26 Ramadhan 1431H)

Jam: 5.00pm – 11.00pm

Bertempat: Surau Al-A’laa, Taman Desa Sena, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya satu majlis bagi meraikan masyarakat golongan sederhana atau miskin dan fakir yang bertempat di Taman rumah. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah tanda prihatin Ahli Jawatankuasa Surau dan khairiah serta Persatuan Penduduk TDS bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan. (masa penyerahan tidak sempat bersama) Continue reading